
Bachok, 23 September 2025 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok dengan kerjasama Jawatankuasa Surau As-Salam telah menganjurkan Program Maulidur Rasul Peringkat IKTBN Bachok 2025M/1447H bertempat di Surau As-Salam IKTBN Bachok.
Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari ini bertujuan menghayati peristiwa besar kelahiran Nabi Muhammad S.A.W serta meneladani akhlak Baginda sebagai ikutan terbaik dalam kehidupan.
Antara pengisian program ialah perarakan Maulidur Rasul yang disertai oleh pegawai, kakitangan dan pelajar, bacaan doa, serta ucapan perasmian oleh Timbalan Pengarah IKTBN Bachok, YBrs. En. Mohd Zabri bin Daud.
Program turut diserikan dengan ceramah bertajuk “Rasulullah S.A.W. Idola Terbaik” yang disampaikan oleh AF. Ustaz Roslan bin Mat Hassan, Pensyarah Kolej Vokasional Besut, diikuti dengan Kuiz Maulidur Rasul dan penyampaian hadiah pertandingan perarakan.
Majlis berakhir sekitar jam 12.30 tengah hari dengan penuh keberkatan dan semangat kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.