Jerantut, 20 Ogos 2026 – IKTBN Bachok terus melakar kejayaan apabila dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Kategori A (Sisa Makanan) dalam Pertandingan Inovasi Sisa Lestari (INSIS) anjuran SWCorp dengan kerjasama Kolej Komuniti Jerantut, Pahang.Kejayaan tersebut diraih menerusi inovasi “Sambal Kulit Pisang – Pedas Nyengat” oleh Team Inovasi Pastri, Jabatan Hospitaliti IKTBN Bachok.
Pertandingan ini melibatkan 54 produk inovasi daripada institusi pengajian tinggi seluruh Malaysia. Pencapaian ini membuktikan kreativiti, kompetensi dan kesungguhan warga IKTBN Bachok dalam menghasilkan inovasi berteraskan kelestarian serta berpotensi untuk dikomersialkan.
Dari sisa kulit pisang menjadi juara kebangsaan!
Disediakan Oleh: Ros Mas Ayu
Disunting Oleh: Mohd Rizal Bin Mat Zin
