- Rizal
- IKTBN Bachok
- Hits: 64
Lawatan Rasmi Cawangan Hubungan Industri IKTBN Bachok Ke Cik Bakes (Alumni IKTBN Bachok)
Bachok, 14 Jun 2026 – Cawangan Hubungan Industri telah mengadakan lawatan rasmi ke CIK Bakes sebagai usaha memperkukuh hubungan serta kerjasama strategik antara institusi dan pihak industri dalam melahirkan graduan yang kompeten, berkemahiran dan memenuhi keperluan semasa pasaran pekerjaan.
Lawatan tersebut memberi tumpuan kepada perbincangan berkaitan penempatan pelajar bagi program Latihan Industri (LI) di samping meneroka peluang peningkatan kerjaya serta kebolehpasaran graduan melalui kolaborasi yang lebih erat antara kedua-dua pihak.
Turut diadakan adalah sesi perkongsian pengalaman dan motivasi oleh Pengurus syarikat yang juga merupakan bekas alumni, yang berkongsi perjalanan kerjaya serta pengalaman sebenar dalam industri. Perkongsian tersebut diharap dapat memberi inspirasi dan suntikan semangat kepada para pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi.
Jalinan kerjasama seperti ini diyakini mampu membuka lebih banyak peluang kepada pelajar untuk memperoleh pendedahan industri sebenar serta menjadi pemangkin kepada pembangunan modal insan TVET yang berkualiti, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran dunia pekerjaan masa hadapan.
Disediakan Oleh: Norina Arni Binti Ahmad Sobri
Disunting Oleh: Mohd Rizal Bin Mat Zin
