- Dzulkifli Bujang
- IKTBN Bachok
- Hits: 58
Majlis Penyerahan Bendera dan Pelepasan Atlet Kontinjen IKTBN Bachok ke Sukan ILKBS Kali Ke-37
Majlis Penyerahan Bendera dan Pelepasan Atlet Kontinjen IKTBN Bachok ke Sukan ILKBS Kali Ke-37 telah berlangsung dengan penuh meriah di Dewan Serbaguna IKTBN Bachok pada jam 9.15 pagi.
Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Pengarah IKTBN Bachok, dengan kehadiran Timbalan Pengarah (Pengurusan Latihan) dan Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Pelajar).
Kontinjen IKTBN Bachok yang terdiri daripada atlet pelbagai acara sukan akan membawa semangat juang tinggi bagi mendapatkan kembali kejuaraan keseluruhan yang terlepas ke tangan IKTBN Bukit Mertajam di kejohanan edisi ke 36 di IKBN Kuala Langat. IKTBN Bachok merupakan Johan Keseluruhan bagi 2 edisi sebelumnya edisi ke 34 dan 35.Dengan harapan semangat juang yang tinggi untuk merampas kembali johan keseluruhan. Ayuh semua kita menyokong Team IKTBN Bachok di Kejohanan Sukan ILKBS Ke 37 Tahun 2025. "Let Go For Gold".
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul