Program MyFutureJobs Oil & Gas

    Pelajar - pelajar daripada kursus Juruperancah, Pengendalian Kren Menara, dan Penyelenggaraan Jentera Berat telah menyertai Program MyFutureJobs Oil & Gas yang berlangsung di Duyong Marina & Convention Centre, di sini hari ini.
     
    Program anjuran bersama Perkeso dan pihak industri berkaitan sektor minyak & gas ini turut melibatkan penyertaan tenaga pengajar serta pegawai dari Cawangan Hubungan Industri, dengan objektif untuk meningkatkan pendedahan pelajar terhadap peluang kerjaya dalam industri berkenaan.
    Antara pengisian program termasuk sesi taklimat kerjaya, pendaftaran MyFutureJobs, perkongsian pengalaman daripada penggiat industri, serta peluang temu duga terbuka bersama syarikat-syarikat yang mengambil bahagian.
     
    Program ini dilihat sebagai platform strategik untuk menghubungkan pelajar TVET dengan majikan, sekaligus memperkasakan kebolehpasaran graduan dalam bidang teknikal yang berimpak tinggi seperti sektor minyak & gas.
     
    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bachok
    Kampong Tangok,
    16300 Bachok,
    Kelantan Darul Naim.

    No. Telefon: 09-7787700
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.