- Din Syamsuddin
- IKTBN Bukit Mertajam
- Hits: 213
AUDIT INTERIM JABATAN AUDIT NEGARA DI IKTBN BUKIT MERTAJAM
5 MAC 2026 — Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam telah menerima kunjungan pegawai daripada Jabatan Audit Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang bagi melaksanakan pengauditan interim terhadap arahan pembayaran di institusi berkenaan.
Pengauditan tersebut telah dijalankan selama dua hari bermula 4 hingga 5 Mac 2026 bertempat di pejabat IKTBN Bukit Mertajam. Audit ini bertujuan memastikan segala urusan kewangan serta pelaksanaan arahan pembayaran di institut berkenaan dilaksanakan selaras dengan prosedur dan peraturan kewangan yang telah ditetapkan.
Seramai empat orang pegawai audit telah terlibat dalam sesi pengauditan tersebut. Sepanjang proses audit berlangsung, pihak IKTBN Bukit Mertajam telah memberikan kerjasama penuh dengan menyediakan dokumen serta maklumat yang diperlukan bagi memastikan proses pengauditan berjalan dengan lancar dan teratur.
IKTBN Bukit Mertajam sentiasa komited dalam memastikan tadbir urus kewangan yang telus, cekap dan berintegriti, selaras dengan usaha memperkukuh kepercayaan serta akauntabiliti dalam pengurusan institusi.
