27 FEBRUARI 2026 — Unit Media dan Promosi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam telah mengadakan lawatan penanda aras ke Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kim Sen pada Jumaat, dari jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi.
Lawatan tersebut melibatkan seramai 12 orang peserta yang terdiri daripada 10 orang pegawai dan dua orang pelajar. Program ini diadakan bagi meninjau kemudahan studio serta mini zoo yang terdapat di sekolah berkenaan, selain mendapatkan input, idea serta perkongsian amalan terbaik berkaitan pengurusan media dan promosi.
Sepanjang lawatan berlangsung, para peserta telah diberikan penerangan yang jelas dan terperinci mengenai pengoperasian studio serta pengurusan mini zoo oleh pihak sekolah. Para peserta turut berpeluang melihat secara lebih dekat kemudahan yang disediakan serta memahami pendekatan yang digunakan dalam menguruskan kemudahan tersebut.
Pihak IKTBN Bukit Mertajam merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak sekolah atas kesudian menerima kunjungan serta berkongsi pengalaman dan ilmu yang amat bermanfaat.
Diharapkan jalinan kerjasama dan perkongsian ilmu seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi memperkukuh lagi usaha pembangunan media, promosi serta pendidikan secara menyeluruh.
