- Jamaluddin Syamsuddin
- IKTBN Bukit Mertajam
- Hits: 303
Ceramah Keselamatan Sempena Minggu Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Institut 2025
19 DISEMBER 2025 — Satu Ceramah Keselamatan telah berjaya dianjurkan di IKTBN Bukit Mertajam oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) IKTBN BM sempena Minggu Keselamatan Institut 2025.
Ceramah ini melibatkan kerjasama strategik bersama agensi-agensi berkaitan, iaitu:
✅CGSO Pulau Pinang
✅Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang
✅Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang
Penganjuran ceramah ini telah memberikan pendedahan serta perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat berkaitan aspek keselamatan dan kesihatan, bukan sahaja kepada para pelajar malah juga kepada seluruh warga kakitangan IKTBN Bukit Mertajam.
Diharapkan program seumpama ini dapat terus menyemai budaya kerja dan pembelajaran yang selamat, berdisiplin serta berteraskan kesedaran keselamatan di peringkat institut.
