Perlis Open TVET Esport Challenge 2025

    Perlis Open TVET Esport Challenge 2025

    13 DISEMBER 2025 — Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan atlet Mobile Legends IKTBN Bukit Mertajam atas kejayaan menjuarai Perlis Open TVET Esport Challenge 2025 yang berlangsung di IKBN Kuala Perlis hari ini.
    Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama institut, malah turut membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah RM1,200.
    Tahniah dan penghargaan juga diucapkan kepada Pengurus Pasukan, En. Shahrul, atas komitmen dan dedikasi berterusan dalam membimbing serta mengurus pasukan Mobile Legends institut sehingga mencapai kejayaan ini.
    Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak pencapaian cemerlang pada masa akan datang.
    IKTBN BM terus melakar sejarah!

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bukit Mertajam,
    Jalan Berapit ,14000 Bukit Mertajam ,Pulau Pinang.

    No Telefon    : 04-5225288                         
    No Faksimili    : 045225289
    FB  :  https://www.facebook.com/iktbnbukitmertajam
    IG :  https://www.instagram.com/iktbnbukitmertajam/
    Emel : ikbnbukitmertajam@kbs.gov.my