KERJASAMA STRATEGIK IKTBN BUKIT MERTAJAM DAN PERKESO PERKUKUH KEBOLEHPASARAN GRADUAN MENERUSI HAB KERJAYA MYFUTUREJOBS

    KERJASAMA STRATEGIK IKTBN BUKIT MERTAJAM DAN PERKESO PERKUKUH KEBOLEHPASARAN GRADUAN MENERUSI HAB KERJAYA MYFUTUREJOBS

    BUKIT MERTAJAM, 29 OKTOBER 2026 — Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam telah menerima kunjungan hormat serta mengadakan sesi perbincangan strategik bersama delegasi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Ibu Pejabat dan PERKESO Wilayah bagi memperincikan pelaksanaan Hab Kerjaya MYFutureJobs (MYFutureJobs Career Hub) di institut berkenaan.

    Sesi perbincangan komprehensif tersebut merangkumi pengisian lawatan tapak di fasiliti institut, penetapan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) serta sasaran penyertaan, di samping penyampaian taklimat khusus berkaitan inisiatif MYFutureJobs Ambassador.

    Kerjasama strategik ini merupakan langkah proaktif dalam memperkukuh kebolehpasaran graduan TVET, memperluas jalinan peluang pekerjaan, serta menyediakan platform pembangunan kerjaya yang holistik bagi membolehkan para pelajar dan belia tempatan bersiap sedia memenuhi keperluan industri semasa.

    Pihak pengurusan IKTBN Bukit Mertajam terus komited dalam menjayakan usaha kolaboratif ini selaras dengan matlamat institut iaitu "Memperkasa Kemahiran, Membina Kerjaya!"

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bukit Mertajam,
    Jalan Berapit ,14000 Bukit Mertajam ,Pulau Pinang.

    No Telefon    : 04-5225288                         
    No Faksimili    : 04522528