- Din Syamsuddin
- IKTBN Bukit Mertajam
- Hits: 5
SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT IKTBN BUKIT MERTAJAM 2026 SEMARAKKAN AMALAN GAYA HIDUP SIHAT WARGA INSTITUT
BUKIT MERTAJAM, 27 OKTOBER 2026 — Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam telah berjaya menganjurkan Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat IKTBN Bukit Mertajam pada 27 Oktober 2026 bertempat di sekitar kompleks kemudahan sukan institut berkenaan.
Program ini mendapat sambutan menggalakkan menerusi penglibatan aktif seluruh pelajar serta warga kerja IKTBN Bukit Mertajam melalui kepelbagaian aktiviti sukan dan riadah. Penganjuran ini bertujuan memupuk semangat kesukanan yang tinggi, mengeratkan jalinan ukhuwah, serta membudayakan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga institut.
Penganjuran sambutan ini pada awalnya terpaksa dijadualkan semula daripada tarikh asal atas faktor keselamatan dan kesihatan berikutan fenomena jerebu yang melanda. Walau bagaimanapun, berpandukan pemantauan keadaan semasa serta keutamaan terhadap kesejahteraan warga, program ini akhirnya dapat dilaksanakan secara teratur, selamat, dan bersemangat.
Pihak pengurusan IKTBN Bukit Mertajam berharap penganjuran ini dapat menyemarakkan lagi budaya hidup aktif dan fit secara berterusan, selaras dengan teras "Sukan Menyatukan Kita, Kesihatan Keutamaan Bersama."
