- Din Syamsuddin
- IKTBN Bukit Mertajam
- Hits: 6
KLINIK PENGENALAN SUKAN FOOTGOLF PROMOSI GAYA HIDUP AKTIF DAN SUKAN BAHARU DALAM KALANGAN PELAJAR IKTBN BUKIT MERTAJAM
SUNGAI PETANI, 28 OKTOBER 2026 — Cawangan Hal Ehwal Pelajar (HEP), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam telah menganjurkan Klinik Pengenalan Sukan Footgolf Peringkat IKTBN Bukit Mertajam bertempat di SP Golf Club, Sungai Petani, Kedah.
Program ini dianjurkan khas bagi memberi pendedahan awal dan kefahaman mendalam kepada para peserta mengenai sukan Footgolf, iaitu satu disiplin sukan unik yang menggabungkan kemahiran asas bola sepak dengan strategi serta teknik permainan golf. Penganjuran klinik ini bukan sahaja memperkenalkan cabang sukan baharu, malah turut berperanan memupuk semangat kesukanan, membina disiplin kendiri, serta menggalakkan amalan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan pelajar.
Menerusi penganjuran program seumpama ini, pihak institut berharap dapat membuka ruang serta menarik minat para pelajar untuk meneroka sukan alternatif, seterusnya melahirkan modal insan belia yang berdaya saing, aktif, dan seimbang dari aspek jasmani serta sahsiah diri.
Pihak IKTBN Bukit Mertajam sentiasa komited dalam menyediakan platform pembangunan belia yang holistik, selaras dengan visi dan slogan institut iaitu "IKTBN Bukit Mertajam – Membina Kemahiran, Membentuk Masa Depan!
