- Jamaluddin Syamsuddin
- IKTBN Bukit Mertajam
- Hits: 263
LAWATAN AUDIT EKSA OLEH KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (KBS) DI IKTBN BUKIT MERTAJAM
14 Januari 2026 — IKTBN Bukit Mertajam hari ini telah menerima Lawatan Audit Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang melibatkan seramai tiga (3) orang auditor.
Sesi audit dimulakan dengan Mesyuarat Pembukaan yang telah dipengerusikan oleh Ts. Hajah Junita Binti Mohammed Ali, Pengarah IKTBN Bukit Mertajam, diikuti dengan pembentangan slaid oleh pihak institut kepada para auditor.
Seterusnya, para auditor telah dibawa melawat ke beberapa zon EKSA yang telah digazetkan di sekitar kawasan institut bagi tujuan penilaian dan verifikasi pelaksanaan EKSA, antaranya:
Untuk makluman juga, audit ini dijalankan selama dua (2) hari berturut-turut.
|
• Pejabat Pentadbiran
• Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP)
• Pejabat CPKK
• Dewan Makan
• Surau
|
• Asrama (termasuk gym, bilik sakit dan bilik tidur pelajar)
• Pondok Pengawal
• Canejo Cafe
• Dewan Perdana
• Perpustakaan
|
Untuk makluman juga, audit ini dijalankan selama dua (2) hari berturut-turut.
Semoga keseluruhan pelaksanaan audit berjalan dengan lancar dan IKTBN Bukit Mertajam memperoleh penilaian yang cemerlang, seterusnya layak dianugerahkan Sijil Kecemerlangan EKSA.
