- Jamaluddin Syamsuddin
- IKTBN Bukit Mertajam
- Hits: 243
Program Jerayawara UP_TVET Bersama Komuniti Sekolah Peringkat Negeri Pulau Pinang Siri 1 Tahun 2026 Berlangsung Dengan Jayanya
5 Februari 2026 — Program Jerayawara UP_TVET Bersama Komuniti Sekolah Peringkat Negeri Pulau Pinang Siri 1 Tahun 2026 anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini bertempat di Auditorium Bangunan Solar, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam.
Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari ini telah menghimpunkan komuniti sekolah sekitar negeri Pulau Pinang dengan objektif memberi pendedahan awal berkaitan laluan pendidikan dan latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), selaras dengan keperluan industri dan pembangunan modal insan negara.
Bagi menjayakan program tersebut, pihak JPK telah memanfaatkan kemudahan Auditorium IKTBN Bukit Mertajam serta menjemput pihak institusi untuk menyampaikan taklimat dan promosi berkaitan peluang pengajian yang ditawarkan kepada para peserta yang hadir.
Melalui program ini, para peserta khususnya pelajar sekolah berpeluang memperoleh maklumat secara langsung mengenai peluang melanjutkan pengajian dalam bidang TVET, termasuk program-program latihan kemahiran yang ditawarkan di IKTBN Bukit Mertajam.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada pihak JPK, warga kerja IKTBN Bukit Mertajam serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Diharapkan inisiatif seumpama ini dapat diteruskan bagi memberi manfaat berterusan serta membuka lebih banyak peluang pendidikan dan kerjaya kepada generasi muda di negeri Pulau Pinang.
