- Din Syamsuddin
- IKTBN Bukit Mertajam
- Hits: 7
MAJLIS PENTAULIAHAN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA: 118 PELAJAR IKTBN BUKIT MERTAJAM TERIMA PENGIKTIRAFAN
BUKIT MERTAJAM, 3 OKTOBER 2026 — Seramai 118 orang pelajar Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam berjaya menyempurnakan pentauliahan masing-masing pada Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) yang berlangsung dengan jayanya bertempat di IKTBN Bukit Mertajam.
Pencapaian memberangsangkan ini menyaksikan seramai 110 orang pelajar menerima pentauliahan bagi Peringkat Gangsa, manakala 8 orang pelajar lagi berjaya melengkapkan taraf Peringkat Perak. Penganjuran majlis ini turut dimeriahkan dengan penglibatan peserta luar yang hadir bersama-sama meraikan kejayaan serta pengiktirafan para peserta program ARPRM.
Kejayaan yang diraih ini menjadi manifestasi kukuh terhadap komitmen, disiplin, semangat kesukarelawanan, serta iltizam tinggi para peserta dalam menggilap potensi diri demi melahirkan modal insan belia yang berdaya saing dan berkeperibadian unggul.
Pengurusan IKTBN Bukit Mertajam mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada seluruh penerima pentauliahan. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kejayaan yang berterusan serta membakar semangat untuk terus menjadi sumber inspirasi kepada generasi belia yang lain.
