- Jamaluddin Syamsuddin
- IKTBN Bukit Mertajam
- Hits: 291
Majlis Pentauliahan Emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Muhammad Solihin bin Mohd Reduan, pelajar dari IKTBN Bukit Mertajam, yang telah berjaya menerima Pentauliahan Emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda pada majlis yang penuh bermakna hari ini!
Kejayaan ini merupakan pengiktirafan atas usaha gigih, semangat kesukarelawanan, kepimpinan dan ketabahan beliau sepanjang menyertai program ini.
Pihak IKTBN Bukit Mertajam amat berbangga dengan pencapaian ini dan berharap agar kejayaan Muhammad Solihin menjadi inspirasi kepada semua pelajar untuk terus aktif serta cemerlang dalam pelbagai bidang pembangunan diri dan sahsiah belia.
