Program Pembangunan Kompetensi Pengajar TVET Melalui Kaedah Coaching & Mentoring

    Program Pembangunan Kompetensi Pengajar TVET Melalui Kaedah Coaching & Mentoring

    13 NOVEMBER 2025 - Bagi memperkukuh kecekapan dan keseragaman pelaksanaan latihan di ILKBS, IKTBN Bukit Mertajam selaku COE Bidang Elektrik telah mengadakan Program Pembangunan Kompetensi Pengajar TVET melalui Kaedah Coaching & Mentoring - Penyelarasan dan Penyeragaman SOP Amali Peralatan Radas Hidup Penjaga Jentera Elektrik.
    Program selama tiga hari ini melibatkan penyertaan 9 orang pegawai dan mendapat bimbingan daripada Ir Ts Ahmad Zafri bin Shafi’i, yang bertindak selaku coach utama program.

    Objektif utama program ini adalah untuk:
    ✅Melaksanakan semakan menyeluruh terhadap SOP amali dan sistem penilaian berkaitan penggunaan peralatan Radas Hidup Penjaga Jentera Elektrik.
    ✅Menyeragamkan pendekatan pengajaran dan penilaian agar selaras di semua IKTBN/IKBN.
    ✅Memastikan teknik dan proses amali yang digunakan oleh para pengajar berada pada tahap yang setara, selaras dan seragam di seluruh institusi TVET.

    Program ini bukan sahaja memperkukuh kemahiran teknikal pengajar, malah mempertingkatkan profesionalisme serta keberkesanan latihan di bawah jaringan ILKBS dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
    Komitmen berterusan seperti ini membuktikan kesungguhan IKTBN Bukit Mertajam dalam melahirkan tenaga pengajar TVET yang kompeten, berkualiti dan seiring dengan keperluan industri semasa.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bukit Mertajam,
    Jalan Berapit ,14000 Bukit Mertajam ,Pulau Pinang.

    No Telefon    : 04-5225288                         
    No Faksimili    : 045225289
    FB  :  https://www.facebook.com/iktbnbukitmertajam
    IG :  https://www.instagram.com/iktbnbukitmertajam/
    Emel : ikbnbukitmertajam@kbs.gov.my