- Jamaluddin Syamsuddin
- IKTBN Bukit Mertajam
- Hits: 16
Mini Karnival Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni Madani)
23 November 2025 — Mini Karnival Santuni Madani telah berlangsung dengan meriah dan mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat. Terima kasih kepada semua yang hadir dan memeriahkan program ini!
IKTBN Bukit Mertajam turut terlibat dengan mengadakan pameran promosi kemasukan pelajar bagi Sesi 1/2026. Ramai pengunjung telah mendapatkan maklumat tentang kursus-kursus yang ditawarkan, peluang kerjaya, serta manfaat mengikuti pendidikan TVET di IKTBN.
Terima kasih kepada semua yang singgah di booth kami — semoga lebih ramai belia mendapat manfaat dan peluang masa depan yang cerah melalui TVET!
