- Jamaluddin Syamsuddin
- IKTBN Bukit Mertajam
- Hits: 40
Lawatan Penanda Aras ADTEC JTM Pasir Gudang ke IKTBN Bukit Mertajam
18 November 2025 - Hari ini IKTBN Bukit Mertajam menerima kunjungan daripada ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang bagi sesi lawatan penanda aras dalam bidang Teknologi Solar.
Sesi ini memberi ruang untuk berkongsi idea, pengalaman dan amalan terbaik berkaitan pembangunan kursus & penyediaan fasiliti latihan dalam usaha memperkenalkan kursus baharu bagi industri tenaga boleh baharu.
Tetamu turut berpeluang merasai pengalaman unik menerusi penerbangan drone, bagi meninjau keseluruhan kawasan IKTBN Bukit Mertajam melalui aerial view—memberikan perspektif lebih jelas terhadap pembangunan fasiliti termasuk Bangunan Solar serta pemasangan panel solar di Bangunan Kemahiran.
IKTBN Bukit Mertajam mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang atas perbincangan yang konstruktif dan input yang sangat bernilai.
Semoga kerjasama ini terus menggerakkan agenda TVET ke arah yang lebih progresif dan berimpak.
