- Jamaluddin Syamsuddin
- IKTBN Bukit Mertajam
- Hits: 18
Program Keharmonian Dalam Perpisahan: Pengurusan Jenazah Islam
30 NOVEMBER 2025 - Alhamdulillah, program Keharmonian Dalam Perpisahan: Pengurusan Jenazah Islam anjuran PERKIM telah berjaya dijalankan di Surau IKTBN Bukit Mertajam dengan penyertaan seramai 39 orang peserta, terdiri daripada para pelajar IKTBN Bukit Mertajam sendiri.
Program ni memberi pendedahan penting kepada para peserta tentang tatacara pengurusan jenazah mengikut syariat—mulai daripada mandi, kafan, solat hingga proses pengebumian. Slot yang dijalankan juga penuh dengan pengisian ilmu, latihan praktikal dan penghayatan yang sangat bermakna. 30
Terima kasih kepada penceramah, fasilitator serta semua yang menjayakan program ni. Moga ilmu yang dipelajari dapat diamalkan dan menjadi bekalan untuk masa akan datang.
