3 DISEMBER 2025 - Alhamdulillah, Majlis Apresiasi Puisi Menjelang Tahun 2026 bertempat di Dewan Perdana IKTBN Bukit Mertajam telah berlangsung dengan jayanya. Program istimewa ni dianjurkan oleh Karyawan Pulau Pinang dengan kerjasama padu daripada IKTBN Bukit Mertajam (Kementerian Belia & Sukan), Kementerian Sumber Manusia, serta penaja hebat Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd.
Terima kasih kepada semua yang hadir, menyokong, dan memeriahkan majlis. Semangat, kreativiti dan suara seni hampa semua memang bagi nyawa dekat program ni. Moga tahun 2026 nanti lebih banyak program seni & budaya dapat kita angkat sama-sama.
