Sesi Audit EKSA Fasa 1 di Setiap Zon IKTBN Bukit Mertajam

    Sesi Audit EKSA Fasa 1 di Setiap Zon IKTBN Bukit Mertajam

    10 OKTOBER 2025 - Sesi audit EKSA Fasa 1 oleh auditor dalaman bagi setiap zon di IKTBN Bukit Mertajam telah berlangsung dari 6 hingga 10 Oktober 2025. Aktiviti ini dijalankan bagi memastikan pelaksanaan amalan persekitaran berkualiti di setiap zon sentiasa mematuhi piawaian EKSA serta mengekalkan suasana kerja yang kemas, teratur dan kondusif.
    Sepanjang sesi audit, panel penilai telah menilai pelbagai aspek termasuk kreativiti, inovasi serta keberkesanan pelaksanaan amalan hijau dan 5S di zon masing-masing. Audit ini turut menjadi platform bagi menilai tahap komitmen warga institut dalam memperkukuh budaya kerja produktif dan berdisiplin.
    Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua zon atas usaha dan semangat yang tinggi dalam menjayakan pelaksanaan EKSA di IKTBN Bukit Mertajam.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bukit Mertajam,
    Jalan Berapit ,14000 Bukit Mertajam ,Pulau Pinang.

    No Telefon    : 04-5225288                         
    No Faksimili    : 045225289
    FB  :  https://www.facebook.com/iktbnbukitmertajam
    IG :  https://www.instagram.com/iktbnbukitmertajam/
    Emel : ikbnbukitmertajam@kbs.gov.my