- Jamaluddin Syamsuddin
- IKTBN Bukit Mertajam
- Hits: 76
Lawatan Pentauliahan COPTPA di IKTBN Bukit Mertajam
8 Oktober 2025 - Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam telah menerima Lawatan Pentauliahan COPTPA bagi bidang Penyelenggaraan Industri dan Mekatronik pada 8 Oktober 2025.
Lawatan ini bertujuan menilai kelayakan IKTBN Bukit Mertajam untuk mendapatkan pentauliahan COPTPA bagi program berikut:
✔C331-012-3:2020 – Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Penyelenggaraan Industri)
✔C331-012-4:2020 – Diploma Teknologi Mekanikal (Penyelenggaraan Industri)
✔MC-091-3:2016 – Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Mekatronik)
✔MC-091-4:2016 – Diploma Teknologi Mekanikal (Mekatronik)

Seramai 5 orang panel penilai dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah hadir bagi menilai pelbagai aspek seperti ketersediaan personel, peralatan, bahan pembelajaran serta perancangan pelaksanaan program.
Pihak institut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sesi lawatan ini terutamanya kepada Jabatan Mekanikal dan Cawangan Penyelarasan & Kawalan Kualiti yang telah memberikan komitmen sepenuhnya dalam membuat persiapan dokumentasi bagi menghadapi penilaian pentauliahan ini serta berharap agar semua program berkenaan mendapat pentauliahan COPTPA sepenuhnya.