Bila Siren Berbunyi : Latihan bukan sekadar latihan

    Program Fire Drill 2025 telah berjaya dilaksanakan di IKTBN Chembong sebagai salah satu inisiatif tahunan institut dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan warga terhadap situasi kecemasan, khususnya kebakaran.
     
    Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini termasuklah sesi taklimat keselamatan yang telah disampaikan oleh PBK I Tuan Amer Izham bin Mokhtar bersama 7 orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, demonstrasi memadam kebakaran, serta pameran peralatan bomba yang memberi pendedahan secara langsung kepada para pelajar.
     
    Program ini juga memberi manfaat besar kepada pelajar, khususnya pelajar baharu Semester (P45) yang telah mendaftar masuk ke IKTBN Chembong pada bulan Ogos yang lalu, sebagai pendedahan awal tentang prosedur keselamatan dan tindakan kecemasan yang perlu dilakukan jika berlaku kecemasan..
    Turut hadir memeriahkan program ini ialah wakil pengarah, Ts. Dr Noor Hisham bin Jalani, Timbalan Pengarah (Pengurusan Latihan) IKTBN Chembong yang memberikan sokongan padu terhadap penganjuran program seumpama ini..Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pasukan Bomba dan Penyelamat Rembau atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan program ini.
     

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong
    71300 Rembau,
    Negeri Sembilan Darul Khusus.

    No.telefon: 06-6857900
    No.faks: 06-6857989
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.