- Dzulkifli Bujang
- IKTBN Chembong
- Hits: 56
Terima Kasih Anak IKTBN Chembong Hadir Perbarisan Hari Kebangsaan 2025
Kontinjen IKTBN Chembong telah menyertai Perbarisan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Sembilan Tahun 2025..Kontinjen telah dianggotai oleh 45 orang pelajar bersama 4 pegawai telah bersiapsedia sewal 6.00 pagi bertempat di Padang Majlis Bandararaya Seremban (MBS) dan bersemangat berkawad dihadapan Yang Dipertuan Negeri Sembilan DYAM Tuanku Mukriz ibni Alhmarhum Tuanku Munawir bersama Barisan Kepimpinan Negeri Sembilan..
Kontinjen telah menyertai Pra-Raptai dan Raptai Penuh Perbarisan 4 hari sebelum ini..Jutaan terima kasih kepada En Zul (Ketua Unit Disiplin), En Hatta, En Nasir dan Pn Izzatul yang telah menyelaraskan pasukan kawad dalam keadaan terbaik bermula dari penyertaan dan taklimat..Terima kasih juga sekali lagi kepada semua pelajar terlibat yang telah memberikan komitmen penuh dan sentiasa menunjukkan persembahan bertenaga..Ini adalah salah satu komponen penting kepada modul sahsiah kepada pelajar ILKBS..Syabas dan Tahniah semua..Selamat bercuti kepada semua...Semarakkan dan penuhi aspirasi kemerdekaan 68 dengan penuh kecintaan dan berintegirti..