- Azharizal bin Santib
- IKTBN Chembong
- Hits: 32
HARI KHIDMAT PEMBERSIHAN MADANI DILANCARKAN SEMPENA CUCI-CUCI MALAYSIA 2025 @ CHEMBONG
HARI KHIDMAT PEMBERSIHAN MADANI DILANCARKAN SEMPENA CUCI-CUCI MALAYSIA 2025
27 Sept 2025..Program Hari Khidmat Pembersihan Madani bersempena Hari Cuci-Cuci Malaysia @Rakan Prihatin telah dirasmikan dalam suasana ringkas dan padat oleh Ydh En Azharizal bin Santib, TPHEP IKTBNCB bagi mewakili Tuan Haji Khairul Anuar bin Haji Deni..Dalam perkongsiannya, TPHEP yang juga Penyelaras JK EKSA IKTBNCB telah menitikberatkandan menyasarkan aspek kebersihan bengkel/ruang pejabat/asrama penginapan semestinya pada tahap optimum dan berterusan..Sebagai warga Chembong yang mempunyai nilai keperihatinan yang tinggi, kita perlu bertanggungjawab dengan zon masing2..Bagaikan cubit peha kanan, peha kiri sama terasa..Itulah peribahasa tepat dalam menggambarkan penjagaan kebersihan adalah tanggungjawab bersama..Kebersihan dan kekemasan adalah simbol kejayaan nilai diri sebagai belia mahir dalam mengamalkan amalan bersih dan kemas..Pelbagai aktiviti dilaksanakan iaitu permbersihan kawasan zon, kekemasan ruang, penyisihan bahan terbuang, amalan bahan kitar semula, plogging di sekitar kemudahan IKTBN, penannaman pokok dan lain2 aktiviti bersama pegawai/pengajar masing2..Terima kasih kepada semua warga chembong..
- Azharizal bin Santib
- IKTBN Chembong
- Hits: 28
Majlis Perasmian Pertandingan Worldskills Malaysia Belia (WSMB) 2023
29 September - Majlis Perasmian Pertandingan Worldskills Malaysia Belia (WSMB) 2023 telah disempurnakan oleh Pengarah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong Official Haji Khairul Anuar Bin Haji Deni. Turut diringi bersama Ketua Hakim Encik Mohamad Zaki Bin Hamed dan Ketua Jabatan Teknologi Automotif En Mohd Hizbullah Bin Ibrahim, para hakim, jurulatih dan peserta pertandingan. Seramai 5 peserta yang akan bertanding bermula 30 September hingga 2 Oktober 2023 dengan melibat 5 tugasan yang perlu dilakukan oleh semua peserta. Tuan Pengarah juga memberikan kata-kata semangat kepada semua peserta, jurulatih dan petugas-petugas pertandingan semoga berjaya didalam pertandingan. Tuan Pengarah juga mengharapkan pertandingan ini akan memberikan impak kepada industri Kenderaan Perdagangan (Commercial Vehicle) dan peluang-peluang kepada belia bagi menyambung pelajaran dalam bidang kemahiran khususnya bagi bidang Automotif Kenderaan Perdagangan. Peserta yang telah berjaya ke peringkat akhir adalah daripada Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong Official, Institut kemahiran Belia Negara Kuala Perlis, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bachok, Institut Latihan Perindustrian Jitra dan Giat Mara Klang. Majlis diteruskan dengan taklimat oleh ketua hakim dan cabutan undi giliran pertandingan.
- Dzulkifli Bujang
- IKTBN Chembong
- Hits: 67
Kembara Merdeka Akar Umbi 2.0 Singgah IKTBN Chembong
Program Kembara Merdeka Akar Umbi Negeri Sembilan 2.0 Tahun 2025 telah berlangsung di IKTBN Chembong, Rembau, Negeri Sembilan..Program ini telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan melalui Pejabat Daerah Rembau telah singgah di CP 5 Rembau dengan penyertaan 300 buah motosikal dan kenderaan jabatan yang terlibat..Lebih 800 orang hadir memberikan sokongan program dengan menyertai pelbagai aktivkti yang disediakan.
Mengetuai rombongan kembara ialah Ybhg. Dato'Jalaludin bin Alias, EXCO Kanan Negeri Sembilan bersama barisan EXCO, ADUN Negeri Sembilan dan juga Ketua-Ketua Jabatan yang terlibat..Rombongan telah disambut Ybhg Dato Zaifulbahri bin Hj Idris ADUN Chembong, YB Suhaimi bin Aini, ADUN KOTA, Tuan Zamree Md Esa, DO Rembau yang dikasihi dan Tn Hj Khairul Anuar bin Hj Deni, Pengarah IKTBN Chembong serta barisan Ketua Jabatan Rembau..Pelbagai acara dan pertandingan telah dianjurkan oleh urusetia KEMAS, Pejabat Belia dan Sukan dan Pejabat Daerah Rembau iaitu Kolaj, Busana tercomel, Pertandingan Bola Jaring dan Futsal Tradisionla..Semoga dengan penganjuran Kembara Merdeka Akar Umbi ini akan menyemarakkan lagi nilai patrootisme dan kecintaan kepada Malaysia..Malaysia MADANI, Rakyat Disantuni..



- Dzulkifli Bujang
- IKTBN Chembong
- Hits: 55
Terima Kasih Anak IKTBN Chembong Hadir Perbarisan Hari Kebangsaan 2025
Kontinjen IKTBN Chembong telah menyertai Perbarisan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Sembilan Tahun 2025..Kontinjen telah dianggotai oleh 45 orang pelajar bersama 4 pegawai telah bersiapsedia sewal 6.00 pagi bertempat di Padang Majlis Bandararaya Seremban (MBS) dan bersemangat berkawad dihadapan Yang Dipertuan Negeri Sembilan DYAM Tuanku Mukriz ibni Alhmarhum Tuanku Munawir bersama Barisan Kepimpinan Negeri Sembilan..
Kontinjen telah menyertai Pra-Raptai dan Raptai Penuh Perbarisan 4 hari sebelum ini..Jutaan terima kasih kepada En Zul (Ketua Unit Disiplin), En Hatta, En Nasir dan Pn Izzatul yang telah menyelaraskan pasukan kawad dalam keadaan terbaik bermula dari penyertaan dan taklimat..Terima kasih juga sekali lagi kepada semua pelajar terlibat yang telah memberikan komitmen penuh dan sentiasa menunjukkan persembahan bertenaga..Ini adalah salah satu komponen penting kepada modul sahsiah kepada pelajar ILKBS..Syabas dan Tahniah semua..Selamat bercuti kepada semua...Semarakkan dan penuhi aspirasi kemerdekaan 68 dengan penuh kecintaan dan berintegirti..
- Dzulkifli Bujang
- IKTBN Chembong
- Hits: 49
Bila Siren Berbunyi : Latihan bukan sekadar latihan
Program Fire Drill 2025 telah berjaya dilaksanakan di IKTBN Chembong sebagai salah satu inisiatif tahunan institut dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan warga terhadap situasi kecemasan, khususnya kebakaran.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini termasuklah sesi taklimat keselamatan yang telah disampaikan oleh PBK I Tuan Amer Izham bin Mokhtar bersama 7 orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, demonstrasi memadam kebakaran, serta pameran peralatan bomba yang memberi pendedahan secara langsung kepada para pelajar.
Program ini juga memberi manfaat besar kepada pelajar, khususnya pelajar baharu Semester (P45) yang telah mendaftar masuk ke IKTBN Chembong pada bulan Ogos yang lalu, sebagai pendedahan awal tentang prosedur keselamatan dan tindakan kecemasan yang perlu dilakukan jika berlaku kecemasan..
Turut hadir memeriahkan program ini ialah wakil pengarah, Ts. Dr Noor Hisham bin Jalani, Timbalan Pengarah (Pengurusan Latihan) IKTBN Chembong yang memberikan sokongan padu terhadap penganjuran program seumpama ini..Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pasukan Bomba dan Penyelamat Rembau atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan program ini.