
- Azharizal bin Santib
- IKTBN Chembong
- Hits: 29
Majlis Perasmian Pertandingan Worldskills Malaysia Belia (WSMB) 2023
29 September - Majlis Perasmian Pertandingan Worldskills Malaysia Belia (WSMB) 2023 telah disempurnakan oleh Pengarah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong Official Haji Khairul Anuar Bin Haji Deni. Turut diringi bersama Ketua Hakim Encik Mohamad Zaki Bin Hamed dan Ketua Jabatan Teknologi Automotif En Mohd Hizbullah Bin Ibrahim, para hakim, jurulatih dan peserta pertandingan. Seramai 5 peserta yang akan bertanding bermula 30 September hingga 2 Oktober 2023 dengan melibat 5 tugasan yang perlu dilakukan oleh semua peserta. Tuan Pengarah juga memberikan kata-kata semangat kepada semua peserta, jurulatih dan petugas-petugas pertandingan semoga berjaya didalam pertandingan. Tuan Pengarah juga mengharapkan pertandingan ini akan memberikan impak kepada industri Kenderaan Perdagangan (Commercial Vehicle) dan peluang-peluang kepada belia bagi menyambung pelajaran dalam bidang kemahiran khususnya bagi bidang Automotif Kenderaan Perdagangan. Peserta yang telah berjaya ke peringkat akhir adalah daripada Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong Official, Institut kemahiran Belia Negara Kuala Perlis, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bachok, Institut Latihan Perindustrian Jitra dan Giat Mara Klang. Majlis diteruskan dengan taklimat oleh ketua hakim dan cabutan undi giliran pertandingan.