
Program Kembara Merdeka Akar Umbi Negeri Sembilan 2.0 Tahun 2025 telah berlangsung di IKTBN Chembong, Rembau, Negeri Sembilan..Program ini telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan melalui Pejabat Daerah Rembau telah singgah di CP 5 Rembau dengan penyertaan 300 buah motosikal dan kenderaan jabatan yang terlibat..Lebih 800 orang hadir memberikan sokongan program dengan menyertai pelbagai aktivkti yang disediakan.
Mengetuai rombongan kembara ialah Ybhg. Dato'Jalaludin bin Alias, EXCO Kanan Negeri Sembilan bersama barisan EXCO, ADUN Negeri Sembilan dan juga Ketua-Ketua Jabatan yang terlibat..Rombongan telah disambut Ybhg Dato Zaifulbahri bin Hj Idris ADUN Chembong, YB Suhaimi bin Aini, ADUN KOTA, Tuan Zamree Md Esa, DO Rembau yang dikasihi dan Tn Hj Khairul Anuar bin Hj Deni, Pengarah IKTBN Chembong serta barisan Ketua Jabatan Rembau..Pelbagai acara dan pertandingan telah dianjurkan oleh urusetia KEMAS, Pejabat Belia dan Sukan dan Pejabat Daerah Rembau iaitu Kolaj, Busana tercomel, Pertandingan Bola Jaring dan Futsal Tradisionla..Semoga dengan penganjuran Kembara Merdeka Akar Umbi ini akan menyemarakkan lagi nilai patrootisme dan kecintaan kepada Malaysia..Malaysia MADANI, Rakyat Disantuni..


