IKTBN Chembong Perkukuh Kerjasama Strategik Bersama Kibing Group

    IKTBN Chembong Perkukuh Kerjasama Strategik Bersama Kibing Group

    CHEMBONG, 23 Jun – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong terus memperkukuh hubungan dengan pihak industri menerusi satu sesi perbincangan strategik bersama Kibing Group (M) Sdn. Bhd. yang berlangsung dalam suasana santai tetapi penuh bermakna.

    Perbincangan tersebut dihadiri oleh wakil IKTBN Chembong, En. Md Azhar selaku Ketua Cawangan Hal Ehwal Industri (KCHI), bersama delegasi daripada Kibing Group (M) Sdn. Bhd.

    Antara fokus utama pertemuan ialah membincangkan peluang penempatan latihan industri (LI) kepada pelajar IKTBN Chembong serta laluan kerjaya yang berpotensi ditawarkan kepada graduan sebaik sahaja menamatkan pengajian.

    Peluang kerjasama ini memberi tumpuan khusus kepada pelajar daripada Jabatan Automotif, terutama dalam bidang Teknologi Jentera Berat dan Teknologi Kenderaan Perdagangan, selaras dengan keperluan tenaga kerja mahir dalam sektor industri negara.

    Selain aspek latihan industri dan kebolehpasaran graduan, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai potensi kerjasama strategik lain yang mampu memperkukuh hubungan antara institusi latihan TVET dan pihak industri pada masa hadapan.

    Kerjasama seumpama ini dilihat sebagai langkah penting dalam memastikan kurikulum dan latihan yang ditawarkan sentiasa relevan dengan kehendak industri, sekali gus meningkatkan kebolehpasaran graduan IKTBN Chembong.

    Pihak IKTBN Chembong turut merakamkan penghargaan kepada Kibing Group (M) Sdn. Bhd. atas kesudian menjalin kerjasama serta komitmen yang ditunjukkan dalam usaha memperkasa pembangunan modal insan negara. Diharapkan jalinan strategik ini akan terus berkembang dan memberi manfaat kepada kedua-dua organisasi, selain melahirkan lebih ramai graduan TVET yang kompeten, berkemahiran tinggi dan bersedia memenuhi keperluan industri.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong
    71300 Rembau,
    Negeri Sembilan Darul Khusus.

    No.telefon: 06-6857900
    No.faks: 06-6857989
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.