- Yogalakshumi Retnam
- IKTBN Dusun Tua
- Hits: 14
BAGUS ADIK-ADIK SEKARANG NI DATANG PAMERAN TANYA HALATUJU PENDIDIKAN DAN KERJAYA
BAGUS ADIK-ADIK SEKARANG NI DATANG PAMERAN TANYA HALATUJU PENDIDIKAN DAN KERJAYA.. MANTAP DIK.. 


PAMERAN PENDIDIKAN DAN KERJAYA SEMPENA HARI KOPERASI SEKOLAH TAHUN 2026 DI SMK TAMAN SRI MUDA, SHAH ALAM
23 Ogos 2026 - Ahad
Teruja kami wakil pempamer IKTBN Dusun Tua hadir ke Pameran Pendidikan dan Kerjaya Sempena Hari Koperasi Sekolah Tahun 2026 di SMK Taman Sri Muda. Tak sempat kami nak duduk rehat, ramai hadir ke pameran kami. Korang punya pasal, rasa penat kami tolak tepi walaupun harini Ahad dik 
Bagus yang datang tanya pasal halatuju pendidikan dan kerjaya. Ada yang datang dengan mak ayah, datang dengan kawan-kawan macam kumpulan Alpha dan ada yang datang dengan buah hati 
Tak mengapa dik,semua kami layan dan bagi penerangan yang jelas. Terima kasih pada SMK Taman Sri Muda sudi jemput kami. 
Moga adik-adik semua teruskan menuntut ilmu ya. Nak masuk IKTBN Dusun Tua, tunggu nanti buka permohonan kat UP_TVET terus mohon tau. Kat sini ada bidang Automotif, Mekanikal dan Elektrikal. 



Ingat pesan kami, perjalanan adik semua masih jauh. Pilih jalan yang terbaik dalam hidup dan menjadi insan yang berguna, berkemahiran dan bersinar dimasa hadapan. 


