- Yogalakshumi Retnam
- IKTBN Dusun Tua
- Hits: 47
PERHIMPUNAN BULANAN DAN SEMARAK BULAN KEMERDEKAAN IKTBN DUSUN TUA OGOS 2026
21 Ogos 2026 - Jumaat
Warga kerja IKTBN Dusun Tua begitu bersemangat dalam menjayakan Perhimpunan Bulanan dan Semarak Bulan Kemerdekaan IKTBN Dusun Tua bagi bulan Ogos 2026 yang dianjurkan bersama oleh Cawangan CPKK, CLK dan CHI serta diketuai oleh Tuan Pengarah, Ts. Samsuri bin Arif.
Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang perhimpunan berlangsung, antaranya nyanyian lagu patriotik Jalur Gemilang dan 31 Ogos 1957, kuiz kemerdekaan, keraian hari lahir warga kerja serta penyampaian Hadiah bagi pemenang kuiz kemerdekaan, kuiz integriti dan pertandingan inovasi.
Semoga semangat kemerdekaan ini meresap ke dalam jiwa setiap warga kerja dalam meneruskan amanah sebagai kakitangan IKTBN Dusun Tua yang berkemahiran, berintegriti dan berakhlak mulia.
