BENGKEL PEMANTAPAN KURIKULUM LATIHAN KEMAHIRAN ILKBS ANJURAN IKTBN DUSUN TUA

    BENGKEL PEMANTAPAN KURIKULUM LATIHAN KEMAHIRAN ILKBS ANJURAN IKTBN DUSUN TUA

     
    28 September 2026 - Isnin
    IKTBN Dusun Tua telah mengadakan Bengkel Pemantapan Kurikulum Latihan Kemahiran Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) bagi bidang Rekabentuk Produk Industri, Penyelenggaraan Industri dan Penyelenggaraan Kereta Elektrik & Hibrid pada 25 – 28 September 2026 bertempat di MyAngkasa Akademi & Resort Langkawi.
    Bengkel ini diadakan bagi menyemak dan melengkapkan dokumen kurikulum latihan serta memastikan kualiti kurikulum sentiasa di tahap yang baik bagi kegunaan pengajar dan pelajar di ILKBS.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Dusun Tua,
    Km 25 Dusun Tua,
    43100 Hulu Langat, Selangor

    No Tel : 03-90217100
    Email : ikbn_dsntua@kbs.gov.my