TINGKAT KOMPETENSI, PERKASA KEMAHIRAN WARGA KBS DI IKTBN DUSUN TUA

    TINGKAT KOMPETENSI, PERKASA KEMAHIRAN WARGA KBS DI IKTBN DUSUN TUA

    🏍️ TINGKAT KOMPETENSI, PERKASA KEMAHIRAN WARGA KBS DI IKTBN DUSUN TUA
    24 September 2026 - Khamis
    Cawangan Kekompetenan Belia (KB), Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), KBS dengan kerjasama Jabatan Automotif, IKTBN Dusun Tua telah menganjurkan Kursus Jangka Pendek: Modul Kursus Asas Servis Motosikal yang disertai 16 orang warga kerja KBS.
    Peserta didedahkan kepada asas keselamatan bengkel, penyelenggaraan berkala, sistem klac, pemilihan minyak enjin serta sistem brek antikunci (ABS).
    YBrs. Pengarah IKTBN Dusun Tua, Ts. Samsuri bin Arif, turut menyampaikan ucapan aluan dan kata-kata semangat kepada peserta, manakala majlis penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Ketua Penolong Pengarah Kanan, BPKB, KBS Puan Musyrifah binti Elias.
    Kursus ini menjadi platform untuk meningkatkan kompetensi, kemahiran praktikal dan pengetahuan warga KBS, selaras dengan usaha memperkasa pembangunan profesional secara berterusan.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Dusun Tua,
    Km 25 Dusun Tua,
    43100 Hulu Langat, Selangor

    No Tel : 03-90217100
    Email : ikbn_dsntua@kbs.gov.my