- Yogalakshumi Retnam
- IKTBN Dusun Tua
- Hits: 206
Gerak Kerja Penyelenggaraan di Masjid Ar-Rahman, Kampung Sungai Lui
Gerak Kerja Penyelenggaraan di Masjid Ar-Rahman, Kampung Sungai Lui
IKTBN Dusun Tua dengan kerjasama komuniti setempat telah menjalankan program penyelenggaraan dan pembaikan di Masjid Ar-Rahman, Kampung Sungai Lui dari 4 hingga 6 November 2025. Program ini melibatkan penyelenggaraan elektrik dan sistem penyaman udara dengan tenaga pengajar serta 20 pelajar yang berdedikasi.
Nama-nama PIC yang terlibat adalah seperti berikut:
- Penyelenggaraan Elektrik: En Zulkhairul B. Omar, En Raimi B. Kamarul Baharin, Abdul Halim B. Ismail
- Penyelenggaraan Penyaman Udara: En Mohd Izuan B. Tanuri, En Mohd Zulkarnain B. Jamaludin
Projek ini diketuai oleh Ts. Johary Bin Yahaya, Timbalan Pengarah Latihan IKTBN Dusun Tua.
Program ini merupakan sebahagian usaha memperbaiki kemudahan masjid demi kesejahteraan komuniti dan memberi peluang kepada pelajar IKTBN Dusun Tua untuk mempraktikkan kemahiran mereka secara langsung dalam aktiviti bermakna. Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang tenaga dan usaha.
Terbaik...!!!
