Sinergi Cemerlang

    Sinergi Cemerlang

    🚀 'Sinergi Cemerlang' IKTBN Dusun Tua dan Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) Bergabung Tenaga, Lonjakkan Potensi Kerjaya TVET Belia 🛠️✨
    TVET Open Day 2025 di IKTBN Dusun Tua, Hulu Langat anjuran bersama Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS). Memang hebat dan penuh inspirasi!
    Program ini adalah peluang terbaik untuk para belia, lepasan sekolah, dan ibu bapa untuk melihat sendiri potensi besar dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
    Apa yang menarik? 💡💡💡
    Bengkel Eksplorasi Diri (Self-Discovery Workshop): Terbaik untuk kenali minat dan hala tuju kerjaya.
    Mentor Kerjaya & Profiling: Mendapat bimbingan terus daripada pakar industri.
    Pertandingan TVET: Inovasi hebat dan bakat-bakat muda yang cemerlang (Tahniah kepada semua pemenang YRMS Award!).
    Booth & Aktiviti: Peluang untuk meneroka kursus-kursus kemahiran yang ditawarkan oleh IKTBN Dusun Tua, termasuk Automotif, Elektrik, Mekanikal dan banyak lagi!
    Sesi Financial Class: Ilmu pengurusan kewangan yang sangat penting untuk masa depan.
    Tahniah kepada YRMS atas penganjuran yang mantap bersama rakan strategik IKTBN Dusun Tua, serta rakan komuniti SAY Community.
    Teruskan 'follow' kami untuk maklumat lanjut tentang kursus kemahiran TVET yang menjamin kerjaya dalam menawarkan pelbagai program kemahiran tinggi yang relevan dengan industri semasa. Jika anda mahu kerjaya yang menjamin masa depan, TVET adalah jalannya.
    Jom sertai kami...

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Dusun Tua,
    Km 25 Dusun Tua,
    43100 Hulu Langat, Selangor

    No Tel : 03-90217100
    Email : ikbn_dsntua@kbs.gov.my