IKTBN DUSUN BERSINAR DI MAJLIS ANUGERAH INSTITUSI TVET 5 BINTANG

    IKTBN DUSUN BERSINAR DI MAJLIS ANUGERAH INSTITUSI TVET 5 BINTANG

    IKTBN DUSUN BERSINAR DI MAJLIS ANUGERAH INSTITUSI TVET 5 BINTANG ANJURAN JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
    11 Februari 2026 - Rabu
    Satu Majlis Anugerah Institusi TVET 5 Bintang anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran - JPK Putrajaya telah diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada institut yang memberi perkhidmatan terbaik dalam menerajui pendidikan TVET di Malaysia.
    Tuan Pengarah, En. Samsuri bin Arif hadir bersama En. Jefrizain bin Abdul Rasid, Ketua Cawangam Hubungan Industri bagi menerima penghargaan mewakili IKTBN Dusun Tua yang menerima Anugerah 5 Bintang melibatkan 2 bidang kemahiran iaitu bagi program Penyelenggaraan Jentera Tolak Tanah (TP-100-3:2013) dan Operasi Servis Selepas Jualan - Kenderaan Bermotor (G452-002-4:2017).
    Semoga dengan pengiktirafan dan kejayaan ini memberi inspirasi dan semangat kepada warga IKTBN Dusun Tua dalam meneruskan kecemerlangan dan kualiti terhadap penyampaian latihan kemahiran berpaksikan pendidikan TVET, seterusnya memberi impak yang tinggi dalam melahirkan pekerja mahir di Malyasia.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Dusun Tua,
    Km 25 Dusun Tua,
    43100 Hulu Langat, Selangor

    No Tel : 03-90217100
    Email : ikbn_dsntua@kbs.gov.my