MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS PESERTA SD GUTHRIE DENGAN KERJASAMA IKTBN DUSUN TUA

    MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS PESERTA SD GUTHRIE DENGAN KERJASAMA IKTBN DUSUN TUA

     
    13 Februari 2026 - Jumaat
    IKTBN Dusun Tua meneruskan momentum kecemerlangan dengan mengadakan satu majlis penyampaian sijil kursus kepada kakitangan SD Guthrie dengan kerjasama IKTBN Dusun Tua selaku institut yang menjalankan kursus tersebut.
    Tuan Pengarah, En. Samsuri bin Arif serta Y. Brs. Tn. Yusri bin Md Isa, Regional General Manager Central East Region merupakan dua wakil utama yang hadir mewakili IKTBN Dusun Tua dan SD Guthrie.
    Penganjuran kursus "Non Executive Development Tarining" ini bertujuan memberi ilmu dan kemahiran secara holistik kepada kakitangan SD Guthrie seliaan Jabatan Automotif IKTBN Dusun Tua.
    Semoga program seumpama ini dapat meningkatkan kerjasama yang erat antara keduanya, seterusnya memberi impak yang positif kepada pembangunan tenaga kerja mahir di Malaysia.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Dusun Tua,
    Km 25 Dusun Tua,
    43100 Hulu Langat, Selangor

    No Tel : 03-90217100
    Email : ikbn_dsntua@kbs.gov.my