IKTBN DUSUN TUA SEBAGAI RUJUKAN FASILITI BENGKEL KIMPALAN

    IKTBN DUSUN TUA SEBAGAI RUJUKAN FASILITI BENGKEL KIMPALAN

     
    Dusun Tua, 29 Januari 2026
    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Dusun Tua terus menyerlah sebagai pusat latihan unggul apabila menerima lawatan penanda aras daripada ADTEC JTM Kampus Kangar.
    Lawatan ini memberi peluang delegasi ADTEC meninjau Welding Arc Bay Partition di Bengkel Kimpalan IKTBN Dusun Tua, yang dijadikan rujukan bagi menaik taraf fasiliti Fabrikasi Logam di kampus mereka.
    Seramai empat pegawai ADTEC hadir dan diberi penerangan mengenai reka bentuk, susun atur serta kelebihan fasiliti yang dimiliki.
    Pihak pengurusan menegaskan, lawatan ini bukan sahaja memperkukuh hubungan antara ILKBS dan JTM, malah membuka ruang perkongsian amalan terbaik dalam pembangunan kemahiran teknikal.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Dusun Tua,
    Km 25 Dusun Tua,
    43100 Hulu Langat, Selangor

    No Tel : 03-90217100
    Email : ikbn_dsntua@kbs.gov.my