KURSUS ASAS PENDAWAIAN ELEKTRIK

    KURSUS ASAS PENDAWAIAN ELEKTRIK

    JALINAN KERJASAMA BERSAMA INSTITUT LATIHAN PENGEMBANGAN PERTANIAN (ILPP) BAGI PENGANJURAN KURSUS ASAS PENDAWAIAN ELEKTRIK
    3 Februari 2026 - Selasa
    IKTBN Dusun Tua menerima lawatan kerja daripada Institut Latihan Pengembangan Pertanian (ILPP), Seri Kembangan yang diketuai oleh Pengarah ILPP, En. Nani Dzulkarnain bin Mohd Yunan, bersama Dr. Nurazwin binti Zulkifli dan Hj. Yusri bin Yahaya.
    Lawatan ini bertujuan menjalin kerjasama dalam penganjuran Kursus Asas Pendawaian Elektrik untuk kakitangan ILPP. Delegasi turut dibawa meninjau Jabatan Teknologi Elektrik sebagai lokasi latihan yang bakal dijalankan.
    Dengan kerjasama ini, IKTBN Dusun Tua berharap dapat melebarkan sayap pendidikan kemahiran dan TVET dalam industri pertanian, sekaligus melahirkan tenaga kerja mahir untuk masa depan negara.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Dusun Tua,
    Km 25 Dusun Tua,
    43100 Hulu Langat, Selangor

    No Tel : 03-90217100
    Email : ikbn_dsntua@kbs.gov.my