ILKBS SKILLS 2026 bagi bidang Electrical Installations

    ILKBS SKILLS 2026 bagi bidang Electrical Installations

    02.11.2026 – SELAMAT DATANG & SELAMAT BERJUANG KEPADA SEMUA PESERTA ILKBS SKILLS 2026 – ELECTRICAL INSTALLATIONS
    Debaran kian terasa! IKTBN Dusun Tua mengalu-alukan ketibaan para peserta yang akan berentap dalam ILKBS SKILLS 2026 bagi bidang Electrical Installations.
    Pertandingan ini akan berlangsung pada 3 & 4 November 2026, menghimpunkan bakat-bakat hebat dari 6 buah ILKBS. Selaku tuan rumah bagi edisi sulung ILKBS SKILLS , IKTBN Dusun Tua akan menggalas tanggungjawab sebaik-baik nya bagi menjayakan program dibawah seliaan Cawangan Kerjasama Strategik & Kreatif , BPKB ,KBS ini.
    Mari kita berikan sokongan padu kepada wira-wira kemahiran dari:
    🔹 IKTBN Alor Gajah
    🔹 IKTBN Bukit Mertajam
    🔹 IKBN Seri Iskandar
    🔹 IKBN Jitra
    🔹 IKBN Kinarut
    🔹 IKTBN Dusun Tua
    Pada sesi pagi dan petang kesemua peserta dan barisan jurulatih ILKBS SKILLS 2026 berkampung di IKTBN Dusun Tua bagi sesi taklimat & penyesuaian tapak pertandingan serta pemeriksaan keatas peralatan & bahan pertandingan. Barisan jurulatih mula merencanakan strategi-strategi yang perlu bagi memastikan kejayaan pasukan yang bertanding nanti
    Kepada semua peserta, selamat berjuang dan buktikan kemampuan sebenar anda! Jadikan pentas ini sebagai medan untuk menajamkan bakat, menguji ketahanan, dan menimba pengalaman berharga. Teruskan semangat juang yang tinggi dan lakukan yang terbaik!
    ILKBS SKILLS 2026 — MEMARTABATKAN KEMAHIRAN, MELAHIRKAN JUARA!!!

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Dusun Tua,
    Km 25 Dusun Tua,
    43100 Hulu Langat, Selangor

    No Tel : 03-90217100
    Email : ikbn_dsntua@kbs.gov.my