- Yogalakshumi Retnam
- IKTBN Dusun Tua
- Hits: 9
PERTANDINGAN ILKBS SKILLS 2026 (BIDANG ELECTRICAL) KINI BERMULA
03.11.2026 -
PERTANDINGAN ILKBS SKILLS 2026 (BIDANG ELECTRICAL) KINI BERMULA! 
Bersempena dengan acara kemuncak Himpunan Belia TVET MADANI 2026, pentas kini dibuka untuk mencari jaguh pendawaian dan sistem elektrikal terbaik negara! 
Sebanyak 6 buah ILKBS hebat bakal berentap mempertaruhkan kemahiran tahap tinggi masing-masing dimana tugasan yang diberikan bukan melibatkkan modul Mekanikal & Programming .
Masa pertandingan bermula seawal 07.50 pagi sehingga 01.00 petang merupakan satu jangka masa yang sangat mendebarkan bagi semua para peserta.
Di sinilah strategi jurulatih menjadi kunci utama. Untuk mendahului lawan, setiap pasukan perlu mengimbangi ketelitian semasa pemasangan komponen mekanikal, dan kelajuan berfikir untuk memastikan kod programming berjalan lancar tanpa sebarang ralat. Pengurusan masa dan fokus yang tajam akan menentukan siapa yang menguasai hari pertama ini! 

Kepada semua pasukan yang bertanding kekal tenang, fokus, dan berikan yang terbaik! Percaya pada setiap titis peluh dan latihan yang telah kalian lalui bersama jurulatih. Tunjukkan potensi sebenar anak-anak TVET yang berkemahiran tinggi. Anda semua adalah wira kemahiran masa depan negara! 

Ayuhh!! …..Warga IKTBN Dusun Tua sama-sama kita mendoakan peserta kita didalam Pertandingan ILKBS SKILLS 2026.
