- Yogalakshumi Retnam
- IKTBN Dusun Tua
- Hits: 45
JALINAN KERJASAMA PEJABAT KESIHATAN DAERAH (PKD) HULU LANGAT BERSAMA IKTBN DUSUN TUA
13 Julai 2026 - Isnin
Satu jalinan kerjasama akan diadakan diantara PKD Hulu Langat dan IKTBN Dusun Tua melibatkan beberapa aktiviti yang memberi manfaat secara bersama. Salah satu aktiviti yang akan dijalankan ialah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).
Wakil IKTBN Dusun Tua, En. Khachern Mernphrapan A/L Prak Tom, Ketua Jabatan Teknologi Mekanikal dan wakil Cawangan Hubungan Industri hadir ke PKD Bandar Seri Putra bagi mengenalpasti status bilangan kerusi berangkai klinik yang perlu ditambahbaik sebagai salah satu aktiviti CSR yang akan dilaksanakan kelak.
