LAWATAN JALINAN KERJASAMA INDUSTRI GTEX ASIA SDN BHD DI IKTBN DUSUN TUA

    LAWATAN JALINAN KERJASAMA INDUSTRI GTEX ASIA SDN BHD DI IKTBN DUSUN TUA

     
    10 Julai 2026 - Jumaat
    Satu sesi lawatan kerjasama industri telah dijalankan oleh Gtex Asia Sdn Bhd yang diwakili oleh CEO syarikat, Mr. Lee Kuan Peng dan Dato' Nadia Marni binti Mat Zin, Business & Legal Consultant ke IKTBN Dusun Tua yang disambut mesra Ketua Cawangan Hubungan Industri, En. Jefrizain bin Abdul Rasid serta pegawai dan pengajar pakar bidang Automotif.
    Perbincangan kerjasama meliputi akses peluang pekerjaan kepada para pelajar mengikut bidang yang diambil serta mempelajari teknologi terkini seiring dengan keperluan industri semasa.
    Semoga kerjasama ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar, seterusnya menjadi pekerja berkemahiran di Malaysia.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Dusun Tua,
    Km 25 Dusun Tua,
    43100 Hulu Langat, Selangor

    No Tel : 03-90217100
    Email : ikbn_dsntua@kbs.gov.my