Kunjungan wakil Scania (Malaysia) Sdn. Bhd

    Kunjungan wakil Scania (Malaysia) Sdn. Bhd

    8 April 2026, IKTBN Dusun Tua menerima kunjungan wakil Scania (Malaysia) Sdn. Bhd, En. Aizal Bin Hassaim, Talent Acquisition Executive.
    🤝 Kunjungan ini bertujuan membincangkan jalinan kerjasama (MOU) antara IKTBN Dusun Tua dan Scania (Malaysia), di samping memperkenalkan bidang TVET serta kemudahan dan kelebihan yang ditawarkan apabila menjalin kerjasama. Lawatan turut diadakan ke Jabatan Kejuruteraan Automotif (Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan).
    🚛 Menariknya, Pihak Scania memaklumkan terdapat 2 kekosongan jawatan (Apprentice Technician) yang perlu diisi segera di Lembah Klang dan berhasrat mempelawa pelajar semester akhir dalam bidang Penyelenggaraan Perdagangan untuk menghantar permohonan.
    🌟 Semoga perbincangan kerjasama ini membuka lebih banyak Jalinan Kerjasama dan memperluas peluang kerjaya TVET di seluruh ILKBS!

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Dusun Tua,
    Km 25 Dusun Tua,
    43100 Hulu Langat, Selangor

    No Tel : 03-90217100
    Email : ikbn_dsntua@kbs.gov.my