PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN PEGAWAI BAHAGIAN PENYELENGGARAAN KERETA ELEKTRIK MELALUI SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)

    PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN PEGAWAI BAHAGIAN PENYELENGGARAAN KERETA ELEKTRIK MELALUI SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)

     
    11 April 2026 - Sabtu
    Satu Program Peningkatan Kemahiran telah diadakan melibatkan Pegawai Bahagian Penyelenggaraan Kereta Elektrik melalui Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi program Elektrik And Hybrid Car Servicing [G452-007-3:2019] yang dilaksanakan secara PPA-Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).
    Seramai 7 orang pegawai IKTBN Dusun Tua telah melalui penilaian secara Amali pada 8-11 April 2026. Proses Penilaian Amali telah dilaksanakan oleh Pegawai Pengesah Luaran-PPT iaitu Is. Tc. Lee Yew Cheong.
    Calon telah disahkan Terampil bagi program tersebut.
    Turut hadir menyaksikan proses verifikasi ialah Ts Johary bin Yahaya, manakala penyelarasan program PPT ini telah dilaksanakan oleh Encik Mohd Yasmiadri bin Yusop selaku Penyelaras PPA-PPT.
    Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Pengarah IKTBN Dusun Tua, En.Samsuri bin Arif dan Ketua Jabatan Teknologi Automotif, En Helmi bin Ab Hamid atas sokongan dan peluang yang diberikan kepada pegawai untuk meningkatkan kompetensi serta memperoleh pengiktirafan kemahiran melalui laluan TVET dan Sijil Kemahiran Malaysia.
    Semoga usaha ini dapat terus memperkasakan pembangunan kemahiran dan profesionalisme warga kerja.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Dusun Tua,
    Km 25 Dusun Tua,
    43100 Hulu Langat, Selangor

    No Tel : 03-90217100
    Email : ikbn_dsntua@kbs.gov.my