KURSUS ASAS PENDAWAIAN ELEKTRIK

    KURSUS ASAS PENDAWAIAN ELEKTRIK

     
    08 – 09 Jun 2026 telah berlangsung dengan jayanya Kursus Asas Pendawaian Elektrik melibatkan seramai 10 orang peserta terdiri daripada pengajar Kolej Komuniti Hulu Langat.
    Kursus ini bertujuan meningkatkan kemahiran serta pengetahuan asas dalam bidang pendawaian elektrik melalui sesi teori dan latihan praktikal yang dijalankan sepanjang program berlangsung.
    Majlis penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Ts. Samsuri Bin Arif, Pengarah IKTBN Dusun Tua.
    Turut hadir bersama ialah Dr. Ahmad Zainal bin Abd Aziz , En. Yogamurugan a/l Arumugam serta dua orang pengajar iaitu En. Abdul Halim Bin Ismail dan Puan Roslina binti Talib.
    Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta serta pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan serta diperkembangkan pada masa akan datang.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Dusun Tua,
    Km 25 Dusun Tua,
    43100 Hulu Langat, Selangor

    No Tel : 03-90217100
    Email : ikbn_dsntua@kbs.gov.my