- Yogalakshumi Retnam
- IKTBN Dusun Tua
- Hits: 25
Sesi Perkongsian Kepakaran di Bengkel Rekabentuk Produk Industri
11–12 Jun 2026, telah berlangsung satu Sesi Perkongsian Kepakaran di Bengkel Rekabentuk Produk Industri, IKTBN Dusun Tua bersama kakitangan IKBN Peretak. Program ini memberi fokus kepada pembangunan kompetensi dan kemahiran teknikal pegawai, dengan objektif utama membangunkan Chasis Soccer Robot menggunakan teknologi 3D Printing.
Sekalung penghargaan diberikan kepada tenaga pengajar Jurusan Rekabentuk Produk Industri iaitu En. Zulkarnain bin Sairan, En. Mohd Ikhwan bin Ismail, dan En. Mohd Nazrol bin Muhammad yang telah memainkan peranan penting dalam menjayakan program ini sehingga mencapai objektif yang ditetapkan.
Semoga perkongsian kepakaran seperti ini dapat diteruskan secara berterusan bagi memperluaskan jaringan TVET bukan sahaja di ILKBS, tetapi juga di seluruh institusi pendidikan di Malaysia. Inisiatif sebegini diyakini mampu melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi, inovatif dan berdaya saing di peringkat global.
