LAWATAN KERJASAMA INDUSTRI IKTBN DUSUN TUA KE PROTON TANJUNG MALIM

    LAWATAN KERJASAMA INDUSTRI IKTBN DUSUN TUA KE PROTON TANJUNG MALIM

     
    23 Julai 2026 - Khamis
    Satu lawatan kerjasama industri telah diadakan oleh wakil IKTBN Dusun Tua yang diketuai oleh Ketua Jabatan Teknologi Automotif, En. Helmi bin Ab Hamid dan Ketua Cawangan Hubungan Industri, En. Jefrizain bin Abdul Rasid serta pegawai dan pengajar Automotif ke Proton Tanjung Malim yang di sambut oleh Pn. Sofia Nadia binti Rahim, Senior Executive, Group Communication Proton dan Pn. Siti Rohani Binti Semaat, Administrative Assistant Proton.
    Lawatan dimulakan dengan taklimat keselamatan oleh wakil pegawai SHE Proton, kemudian diteruskan dengan lawatan ke bahagian Trim dan Final serta penerangan berkaitan proses penuh pembuatan kenderaan menggunakan kepakaran tenaga mahir dan teknologi terkini.
    Kerjasama diteruskan dengan sesi perbincangan jalinan jangka panjang yang boleh dilaksanakan antara IKTBN Dusun Tua dan Proton meliputi penempatan pekerjaan, latihan industri serta perkongsian kepakaran teknologi terkini yang ada di Proton.
    Semoga pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada mengarusperdana latihan kemahiran melibatkan kerjasama industri dan pusat latihan kemahiran dalam menjadikan pendidikan TVET penyumbang kepada bakal tenaga kerja mahir di Malaysia.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Dusun Tua,
    Km 25 Dusun Tua,
    43100 Hulu Langat, Selangor

    No Tel : 03-90217100
    Email : ikbn_dsntua@kbs.gov.my