- Yogalakshumi Retnam
- IKTBN Dusun Tua
- Hits: 32
PAMERAN KEMAHIRAN SEMPENA KARNIVAL SEMEKAR (KOKURIKULUM DAN KEUSAHAWANAN) TAHUN 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN
25 Julai 2026 - Sabtu
IKTBN Dusun Tua meluaskan jenama pendidikan TVET di ILKBS melalui promosi latihan kemahiran di pameran sempena Karnival SEMEKAR (Kokurikulum dan Keusahawanan) Tahun 2026 Peringkat Kebangsaan di SMK Bandar Rinching, Semenyih, Selangor.
Para pelajar dan guru-guru dibekalkan informasi oleh pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan pegawai Cawangan Hubungan Industri (CHI) berkaitan peluang latihan kemahiran di IKTBN Dusun Tua melibatkan bidang Elektrikal, Mekanikal dan Automotif serta latihan jangka pendek yang dijalankan sepanjang tahun.
Semoga segala input yang diberi memberi manfaat kepada para pelajar dalam menentukan halatuju pendidikan mereka, seterusnya menjadi seorang pekerja mahir di Malaysia satu hari nanti.
