- Yogalakshumi Retnam
- IKTBN Dusun Tua
- Hits: 6
LAWATAN PEMANTAUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN KESIHATAN DI INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA (IKTBN) DUSUN TUA
LAWATAN PEMANTAUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN KESIHATAN DI INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA (IKTBN) DUSUN TUA
11 Ogos 2026 (Selasa)
Sektor Pembangunan Polisi Kesihatan Primer, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat (PKDHL) telah mengadakan Lawatan Pemantauan Pelaksanaan Perkhidmatan Kesihatan di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Dusun Tua.
Tujuan lawatan adalah untuk memantau, menilai dan memastikan pelaksanaan perkhidmatan kesihatan kepada pelajar serta warga IKTBN Dusun Tua dilaksanakan secara berkesan, teratur dan selaras dengan ketetapan yang ditetapkan.
Lawatan ini turut memberi tumpuan kepada aspek pengurusan perkhidmatan kesihatan, kemudahan dan peralatan kesihatan, rekod serta dokumentasi, kebersihan dan keselamatan, di samping mengenal pasti isu atau kekangan yang memerlukan tindakan penambahbaikan.
Secara keseluruhannya, lawatan pemantauan ini diharapkan dapat memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan sentiasa berada pada tahap optimum, sekali gus menyokong kesejahteraan, kebajikan dan kesihatan pelajar serta warga IKTBN Dusun Tua.
Lawatan turut diakhiri dengan sesi bergambar bersama barisan pengurusan IKTBN Dusun Tua yang diketuai oleh Ts. Samsuri bin Arif, Pengarah IKTBN Dusun Tua.
